My glitter

Tuesday, February 11, 2014

2014 :)

Assalamualaikum. Hari ni dah 11/2. YaAllah cepatnya masa berlalu. Sekarang ni aku dah form 4. Macam tak percaya je. Banyak benda jadi selama sebulan 11 hari masuk tahun baru. Sedih, gembira, terkilan. Semuanya ada lah.

Since dah masuk form 4 ni dah takde satu kelas dengan geng lama. Kena cari kawan baru. Silah masuk LK. Aku akaun. Lagi 8 orang tu masuk perdagangan. Sedar tak sedar lagi setahun je aku dekat pz tu. Macam baru je semalam aku orientasi. Tengok-2 tahun depan dah last year dekat pz.

Macam yang Lyana cakap tahun ni macam-macam jadi biarpun baru sebulan lebih je. Jumaat. 7/2/2014. 8:20 malam. Lyana kehilangan seorang makcik yang Lyana dah anggap dia macam ibu Lyana sendiri. Arwah memang baik. Memang tak pernah sangka semua ni jadi. 5 minggu arwah bertarung dengan penyakit yang Lyana sendiri tak pernah tahu wujudnya.

Allah cabut nyawa arwah senang sangat. Perlahan-lahan tekanana darah dia turun. Perlahan-lahan denyutan jantung dia berhenti. Paling terkilan bila hari dia meninggal tu Lyana baru je lawat dia. Lyana pergi Hospital Ampang (tempat arwah dirawat sebelum meninggal) dalam pukul 3:20 petang dari Seremban. Dalam kul 4:30 sampai sana.

Sampai-2 je terus pergi ICU. Ingat dapat terus masuk tapi doktor tengah rawat dia. Sementara tunggu doktor rawat arwah Lyana dengan mama and abah pergi solat asar dulu. Lepas solat tu baru dapat lawat arwah. Ramai yang tunggu nak lawat arwah waktu tu. Sampai je turn Lyana, Lyana masuk dengan mama. Allah!! Sakitnya dekat hati ni macam tercucuk-cucuk je dengan benda tajam. Tak sanggup nak tengok arwah dengan keadaan macam tu.

Lyana tak kuat nak pandang muka arwah. Hanya mampu tengok dari tepi je. Lyana hanya mampu pandang mesin yang menunjukkan denyutan nadi dia je. Lepas keluar tu dalam pukul 6, mama dengan abah masuk balik tengok arwah. Lyana just tunggu dekat luar je. Lepas dah lawat semua tu, pakcik Lyana cakap dekat kita orang yang doktor dah bagi ubat yang paling kuat. Kita hanya mampu doa je.

Lepas dah lawat semua, Lyana dengan mama and abah balik Seremban. Sampai rumah dalam pukul 8.00 malam. Sampai rumah Lyana terus solat and mandi. Lepas mandi mama dapat berita yang kata arwah dah meninggal. Allah, beratnya dugaan ni. Kenapa cepat sangat Dia jemput makcik Lyana? Lyana sayang arwah sangat-2.

Malam tu dalam pukul 11:30 malam bertolak pergi Shah Alam. Tak tentu arah je hari tu, Semua benda yang jadi memang tak tertuduga. Dalam pukul 12:40 pagi baru sampai Shah Alam. Lyana sempat baca Yaasin untuk arwah. Sebak rasanya. Lagi-lagi bila abah buka kain kafan. Tak sanggup nak tengok muka arwah. Sepupu-sepupu Lyana cakap arwah tersenyum waktu meninggal.

Pagi sabtu tu, papa lang (pakcik Lyana/ suami arwah) buat tahlil arwah dekat rumah dia sebelum nak kebumi kan arwah. Waktu tu paling sebak. Alhamdulilah dapat tahan lagi waktu tu. Patut solat jenazah pukul 8:30 pagi tapi lewat 45 minit. Lyana turun dekat salah satu surau dekat Shah Alam tu. Allah, waktu tu memang dah tak dapat tahan. Memang Lyana menangis tengok dia orang bawa arwah masuk surau untuk solat jenazah.

Lagi sebak bila Lyana sendiri tengok abang-abang saudara Lyana bawa jenazah turun ke dalam liang lahad. Waktu tu dah memang tak boleh tahan. Lyana menangis je tengok diaorang bawa jenazah turun ke liang lahad, masukkan tanah dan sampai ke bacaan talqin. Memang sebak nak berpisah dengan arwah. Tapi nak buat macam mana Allah lebih sayangkan arwah dari kami satu family.

Semoga Imi (panggil arwah) tenang dekat sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Imi pergi meninggalkan banyak kesan dekat keluarga besar Lyana. Keluarga besar Lyana sangat sayang akan Imi. Imi iloveyou. Al-fatihah. Somaga kita akan bertemu disyurga suatu hari nanti. Aminnnnn.

Nabilah Hafidzi
11/02/2014
10:20 p.m

No comments:

Post a Comment