My glitter

Tuesday, February 11, 2014

2014 :)

Assalamualaikum. Hari ni dah 11/2. YaAllah cepatnya masa berlalu. Sekarang ni aku dah form 4. Macam tak percaya je. Banyak benda jadi selama sebulan 11 hari masuk tahun baru. Sedih, gembira, terkilan. Semuanya ada lah.

Since dah masuk form 4 ni dah takde satu kelas dengan geng lama. Kena cari kawan baru. Silah masuk LK. Aku akaun. Lagi 8 orang tu masuk perdagangan. Sedar tak sedar lagi setahun je aku dekat pz tu. Macam baru je semalam aku orientasi. Tengok-2 tahun depan dah last year dekat pz.

Macam yang Lyana cakap tahun ni macam-macam jadi biarpun baru sebulan lebih je. Jumaat. 7/2/2014. 8:20 malam. Lyana kehilangan seorang makcik yang Lyana dah anggap dia macam ibu Lyana sendiri. Arwah memang baik. Memang tak pernah sangka semua ni jadi. 5 minggu arwah bertarung dengan penyakit yang Lyana sendiri tak pernah tahu wujudnya.

Allah cabut nyawa arwah senang sangat. Perlahan-lahan tekanana darah dia turun. Perlahan-lahan denyutan jantung dia berhenti. Paling terkilan bila hari dia meninggal tu Lyana baru je lawat dia. Lyana pergi Hospital Ampang (tempat arwah dirawat sebelum meninggal) dalam pukul 3:20 petang dari Seremban. Dalam kul 4:30 sampai sana.

Sampai-2 je terus pergi ICU. Ingat dapat terus masuk tapi doktor tengah rawat dia. Sementara tunggu doktor rawat arwah Lyana dengan mama and abah pergi solat asar dulu. Lepas solat tu baru dapat lawat arwah. Ramai yang tunggu nak lawat arwah waktu tu. Sampai je turn Lyana, Lyana masuk dengan mama. Allah!! Sakitnya dekat hati ni macam tercucuk-cucuk je dengan benda tajam. Tak sanggup nak tengok arwah dengan keadaan macam tu.

Lyana tak kuat nak pandang muka arwah. Hanya mampu tengok dari tepi je. Lyana hanya mampu pandang mesin yang menunjukkan denyutan nadi dia je. Lepas keluar tu dalam pukul 6, mama dengan abah masuk balik tengok arwah. Lyana just tunggu dekat luar je. Lepas dah lawat semua tu, pakcik Lyana cakap dekat kita orang yang doktor dah bagi ubat yang paling kuat. Kita hanya mampu doa je.

Lepas dah lawat semua, Lyana dengan mama and abah balik Seremban. Sampai rumah dalam pukul 8.00 malam. Sampai rumah Lyana terus solat and mandi. Lepas mandi mama dapat berita yang kata arwah dah meninggal. Allah, beratnya dugaan ni. Kenapa cepat sangat Dia jemput makcik Lyana? Lyana sayang arwah sangat-2.

Malam tu dalam pukul 11:30 malam bertolak pergi Shah Alam. Tak tentu arah je hari tu, Semua benda yang jadi memang tak tertuduga. Dalam pukul 12:40 pagi baru sampai Shah Alam. Lyana sempat baca Yaasin untuk arwah. Sebak rasanya. Lagi-lagi bila abah buka kain kafan. Tak sanggup nak tengok muka arwah. Sepupu-sepupu Lyana cakap arwah tersenyum waktu meninggal.

Pagi sabtu tu, papa lang (pakcik Lyana/ suami arwah) buat tahlil arwah dekat rumah dia sebelum nak kebumi kan arwah. Waktu tu paling sebak. Alhamdulilah dapat tahan lagi waktu tu. Patut solat jenazah pukul 8:30 pagi tapi lewat 45 minit. Lyana turun dekat salah satu surau dekat Shah Alam tu. Allah, waktu tu memang dah tak dapat tahan. Memang Lyana menangis tengok dia orang bawa arwah masuk surau untuk solat jenazah.

Lagi sebak bila Lyana sendiri tengok abang-abang saudara Lyana bawa jenazah turun ke dalam liang lahad. Waktu tu dah memang tak boleh tahan. Lyana menangis je tengok diaorang bawa jenazah turun ke liang lahad, masukkan tanah dan sampai ke bacaan talqin. Memang sebak nak berpisah dengan arwah. Tapi nak buat macam mana Allah lebih sayangkan arwah dari kami satu family.

Semoga Imi (panggil arwah) tenang dekat sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Imi pergi meninggalkan banyak kesan dekat keluarga besar Lyana. Keluarga besar Lyana sangat sayang akan Imi. Imi iloveyou. Al-fatihah. Somaga kita akan bertemu disyurga suatu hari nanti. Aminnnnn.

Nabilah Hafidzi
11/02/2014
10:20 p.m

Tuesday, December 17, 2013

MENGHITUNG HARI



Assalamualaikum.

Hari ni dah 17 haribulan lagi dua hari je result PMR nak keluar. Ya Allah. Takutnya nak hadapi hari tu. Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan Lyana sekarang ni. Lyana taknak hampakan perasaan Mama dengan Abah. Lyana nak balas segala jasa Mama dengan Abah dekat Lyana. Lyana nak banggakan dia orang. Lyana taknak buat dia orang sedih.

Lyana harap sangat segala berkat usaha Lyana selama ni berbaloi. Lyana taknak hampakan hati orang-orang yang Lyana sayang. Kalau diaorang sedih, Lyana lagi sedih. Lyana dah janji nak buat yang terbaik. Harap sangat apa yang Lyana belajar selama ni berhasil. 

Sekarang ni perasan Lyana pun tak tentu arah. Duduk tak senang. Setiap masa asyik fikir pasal result je. Lyana harap sangat semua kawan Lyana dapat apa yang diaorang inginkan termasuk Lyana. Lyana sentiasa doakan diaorang semua berjaya dunia dan akhirat.

Doakan Lyana kuat dan tabah 19/12 nanti ya. Lyana dah berusaha. Sekarang ni Lyana cuma tawakkal je dekat Allah. InSyaaAllah segala berkat usaha Lyana dengan kawan-kawan selama tiga tahun ni berhasil dan kita orang dapat gembirakan hati mak ayah kita orang.

P/S untuk Nina, Ezra, Hanis, Ayien, Nifa, Auni, Farra, Yaya, Sheila, Abil, Biela, Sofea and semua kawan-kawan Lyana : Good luck untuk khamis ni. Lyana doakan yang terbaik untuk kita semua. Kuatkan semangat. Biar kita menangis gembira. Jangan kita menangis sebab kecewa. Korang, FIGHTING!!!!!

Nabilah Hafidzi
 17/12/2013
09:02 p.m

Sunday, September 08, 2013

HATE THIS !!!

Assalamualaikum. Lama tak update dekat blog ni. Maklum lah busy memanjang. PMR lah katakan. Dengan exam lagi. Memang tahun ni penat dia lain macam sikit. Ye lah nama pun last batch PMR kan mesti lah kena usaha lebih. 

Sebenanya bukan nak cerita pasal exam sangat. Lyana nak cerita pasal benda lain. Hurm. Sebenarnya, Lyana dah penat lah dengan semua ni. Diabaikan, dipinggirkan. Penat. Penatttttt sangat. Semua buat Lyana macam tak wujud depan dia orang. Tapi bila nak minta tolong pandai pula buat baik dengan Lyana. Jangan nak jadi hipokrit sangat.

Depan Lyana cakap lain. Belakang Lyana cakap lain. Nak suruh Lyana jaga hati dia orang. Tapi, hati Lyana siapa yang nak jaga? Lyana ni manusia biasa. Lyana pun ada hati dengan perasaan. Kalau orang lain tahu penat, Lyana pun tahu erti penat. Sampai bila nak jadi macam ni? Sampai bila nak cakap belakang?

Sebelum cakap tu fikir lah dulu. Jangan main cakap je. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap tu boleh sakitkan hati orang lain. Lyana pun sama macam manusia lain. Lyana banyak buat salah. Sekurang-kurangnya minta lah maaf bila dah buat salah. Takde lah orang anggap awak tu biadap.

Lyana tak faham lah. Kenapa mesti ada kawan yang cakap belakang pasal kita? Kutuk belakang kita? Putar belitkan cerita? Awak, takde siapa yang perfect dalam dunia ni. Semua manusia diciptakan dengan kelemahan dia sendiri. Awak cakap pasal seseorang tu tapi awak cermin tak diri awak dulu? Awak sempurna sangat ke sampai nak hina orang? Awak sempurna sangat ke sampai nak buka aib orang. Orang lain pun ada maruah lah awak.

Apa perasaan awak kalau orang buka aib awak? Apa perasaan awak bila orang kutuk belakang awak? Apa perasaan awak bila orang hina awak macam-macam? Mesti awak sakit hati kan. Macam tu juga lah perasaan Lyana bila awak buat Lyana macam tu. Lyana dah penat bila buat baik dengan orang tapi orang tu tak pernah nak buat baik dekat Lyana.

Awak sedar sikit. Dulu Lyana yang selalu tolong awak. Waktu awak susah, awak cari Lyana. Tapi sekarang? Awak cerita buruk pasal Lyana dekat orang lain. Kata Lyana macam-macam. Hina Lyana. Awak, kalau Allah nak tarik sesuatu dari awak sekejap je tau. Lyana mengaku. Lyana ni pun bukan baik sangat. Kadang-kadang ada juga mengumpat pasal orang lain. Ada je mengata pasal orang. Kalau ada yang terasa Lyana minta maaf. Lyana cakap berdasarkan apa yang Lyana lalui sepanjang tahun ni.

Lyana tahu sejak form 1 lagi awak tak suka Lyana kan. Jangan risau. Tahun depan kita tak jumpa dah. Tahun ni mungkin tahun terakhir kita bersama. Thanks sebab sudi jadi kawan Lyana. Thanks sebab sudi anggap Lyana ni kawan awak. Thanks sebab sedarkan Lyana erti persahabatan yang sebenar. Thanks A Lot Friend. Assalamualaikum.

Nabilah Hafidzi
08/09/13
10:24 p.m

Sunday, January 20, 2013

My adik angkat.

Assalamualaikum. Dekat atas ni lah adik angkat Lyana. Malam tadi Lyana menangis sebab adik angkat Lyana. Dia cakap dekat Lyana yang dia sayangkan Lyana. Dia tak nak Lyana pindah lepas PMR nanti. Dia tak nak berpisah dengan Lyana. Malam tadi dia WA dengan Lyana. Mula-2 kita orang happy je titibe dia tanya Lyana 

AS: Akak betul ke Kk Auni nak pindah tahun depan ? Sedihhh lah.

Lyana: Entah lah dik. Akak pun tak tahu. Tapi dia ada kata yang dia nak pindah.

AS: Adik ada baca blog Akak Silah. Dia kata Kk Auni nak pindah. Mengalir air mata adik kak. :(

Lyana: Akak pun tak tahu lah dik. Tapi dia pernah cakap yang dia nak pindah tapi akak tak tahu lah yang dia pindah ke tak. Akak lagi sedih kalau dia pindah. Bagi akak dia baik sangat dengan akak. Sanggggggat baikkkk. (Start crying)

AS: Hurm. Adik tak nak korang semua termasuk akak pindah. Adik baru je masuk. Next year, korang dah pindah. :'(

Lyana: Adik, akak pun tak nak tinggalkan adik. Sekolah mana-2 pun sama kan dik. Banyak kenangan akak dekat pz dik. (Still crying )

AS: Hurm. No kak. hurm. :'( sedih

Lyana: Sama je dik Pelajaran dia sama je. Cuma yang membezakan cara belajar. Adik jangan sedih please. Nanti akak lagi sedih bila tengok adik akak ni sedih.

AS: Hurm. Memang la akak. You everything for me. Hurm :'( mata adik dah mengalir kak.

Lyana: Adik. Please jangan nangis. Akak tak suka tengok adik nangis. Please sayang. You also everything for me. Akak sayang adik.

AS: Adik lagi sayang akak :'(

Lyana: Jangan nangis lagi dik. Akak tak nak adik nangis lagi. I now you love me. I also love you sayang.

AS: Hurm. Serious sayang akak sangat.

Lyana: Akakkkkkkkk sayangggggg adikkkkkkkkk jugakkkkkk

AS: Hurm. Akak :(

Lyana: Ya sayang.

AS: I love you so much.

 Lyana: I love you more than you love me, sayang.

AS: Hurm. Serious tak nak berpisah dengan akak. :'(

Lyana: Hanya ajal yang boleh memisahkan kita sayang. Promise. Janji dengan akak jangan tinggalkan akak. Akak pun tak kan tinggalkan adik.

As: Okeyy. Me too :)

She make me cry last night. Huwaaaaaaaaa. Adik, I LOVE YOU SO MUCHHHHHHHHH.
Tak de siapa pun yang boleh pisahkan kita selain ajal okey.

Post pertama 2013

Assalamualaikum. Sorry Lyana dah lama tak buka blog ni. Yhis year Lyana sangat-sangattttt lah busy. Sebab Lyana adalah salah sorang calon PMR 2013 dan Last Batch for PMR. Bukan senang nak jadi calon PMR. Tersangat lah banyak dugaan yang perlu Lyana tempuh dengan kawan-2. Apa target Lyana untuk PMR? Semua orang nak berjaya. Lyana pun nak berjaya. Dan target Lyana adalah untuk dapat 8A. Lyana nak buat semua orang yang Lyana sayang bangga dengan keputusan Lyana nanti.Cukup susah untuk kita orang jadi Last Batch PMR. Sebab mestilah nak kena naikkan gred sekolah, nama sekolah lagi. Hurm. Sangat terseksa. Setahun ni Lyana akan cuba buat yang terbaik untuk banggakan semua orang. In Shaa Allah.

Monday, November 19, 2012

Kejutan Yang Tak Terduga..

Assalamualaikum.. Tadi Lyana cerita pasal sepupu Lyana khawin kan.. Sekarang Lyana nak cerita kejutan yang kawan baik Lyana buat.. Kenal Farra Mawaddah bt Mohd Izam tak?? Mesti lah kenal.. Kalau tak kenal pergi tengok post yang lama-lama dulu.. Mesti kau orang akan kenal siapa dia.. Farra buat kejutan yang dia mengaku dia 'Anak Buah' Lyana.. Nak tahu macam mana?? Kak Miera alah isteri Abang Ikhwan tu lah rupa-rupanya makcik kandung dia.. OMG.. Lyana sangat-sangat tak percaya.. Lyana harap ini semua adalah satu mimpi.. Bayangkan Sepupu Lyana khwin dengan makcik Farra.. Okey semua tu bukan mimpi tapi realiti.. Lyana jadi makcik kepada BFF Lyana sendiri?? Memang tak percayakan.. Tapi itulah kenyataan.. Baru ingat nak jadi adik.. Tapi kena jadi makcik dia pula.. Haih,, Apalah nasib diriku ini.. Hehehe.. Lyana mungkin tak anggap dia 'Anak Buah'.. Ye lah dekat dua tahun jadi BFF tiba-tiba dia mengaku 'Anak Buah' Lyana , mana nak mengaku Lyana ni makcik dia.. Rasa macam tahun depan nak pindah sekolah la.. Dah la satu sekolah, satu kelas pula tu jangankan nanti duduk sebelah-sebelah je dalam kelas.. Hish tak nak Lyana.. Ok lah Nak tidur.. Nite.. Assalamualaikum..

Minggu Yang Sangat Busy..

Assalamualaikum.. Apa khabar stalker?? Sorry Lyana dah lama tak update blog ni.. Start dari cuti sekolah hari tu seminggu Lyana busy uruskan majlis kenduri khawin Abang Ikhwan dengan Kak Miera.. Alhamdulilah semua berjalan dengan lacar mengikut apa yang dirancang.. Start malam khamis kita orang berkumpul ramai-ramai dekat rumah mak wan.. Best dapat jumpa sedara mara.. Rindu dekat dia orang sangat-sangat.. Jumaat petang lepas solat jumaat dalam pukul 3.00 petang semua bertolak pergi Kuala Pilah.. Alhamdulilah perjalanan dekat sana semua ok.. Cuaca pun ok.. Tak mendung tak panas sangat.. Tepat jam 5 petang abang Ikhwan nakad nikah.. Dah selesai akad nikah kita orang makan dekat rumah Kak Miera.. Lepas selesai makan semua family Lyana balik dulu.. Sebab apa sebab malam tu nak pergi rumah wan esoknya nak pergi Kuala Pilah balik.. Mengikut rancangan hari sabtu tu semua bertolak dekat jam 11:30 pagi sebab bersanding start lepas zohor.. Letihnya.. Tak ada siapa yang tahu.. Balik tu tak sempat tidur dah nak kena mandi and siap nak pergi rumah wan untuk majlis hari ahad.. Hari ahad bersanding dekat rumah mak wan.. Pagi tu Lyana sampai rumah wan lebih kurang pukul 8:15 pagi.. Bayangkan malam semalamnya tidur dekat pukul 1 pagi then paginya bangun subuh terus mandi and siap pergi rumah wan.. Letih.. Kalau tak ada tugas Lyana tak kisah.. Tapi kena juga.. Kena bagi door gift. Jaga dekat meja hidang lauk.. Dari pukul 12 tengah hari sampai pukul 3 petang.. Tak henti-henti.. Bayangkan lah dari pukul 8 pagi sampai 3 petang buat kerja tak habis-habis.. Letihnya... Habis je majlis tu pening kepala mula menyerang.. Dah la letih ditambah dengan sakit kepala.. Memang tidur lah Lyana jawabnya.. Hihi.. Lyana bantai tidur dekat ruang tamu dekat rumah wan.. Sedar-sedar je dah dekat pukul 6:30 petang.. Bayangkan lah berapa lama Lyana tidur.. Ish.. Ish.. Ish.. Malam tu pula datang balik rumah wan tengok Abang Ikhwan dengan Kak Miera buka hadiah.. Tapi bukan dia orang yang buka.. Anak-anak buah dengan saudara Lyana yang buka.. Ish kau orang ni macam hadiah kau orang pula ye.. Balik tadi pun dah dekat pukul 12.00.. Tapi alhamdulilah Lyana kata sebab apa yang dirancang semua menjadi.. Masuk ni dah 6 orang sepupu Lyana khawin.. Congratulations both of you.. Lyana doakan semoga berkekalan hingga ke anak cucu.. Amin.. Sekian.. Wassalam..