My glitter

Tuesday, December 17, 2013

MENGHITUNG HARI



Assalamualaikum.

Hari ni dah 17 haribulan lagi dua hari je result PMR nak keluar. Ya Allah. Takutnya nak hadapi hari tu. Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan Lyana sekarang ni. Lyana taknak hampakan perasaan Mama dengan Abah. Lyana nak balas segala jasa Mama dengan Abah dekat Lyana. Lyana nak banggakan dia orang. Lyana taknak buat dia orang sedih.

Lyana harap sangat segala berkat usaha Lyana selama ni berbaloi. Lyana taknak hampakan hati orang-orang yang Lyana sayang. Kalau diaorang sedih, Lyana lagi sedih. Lyana dah janji nak buat yang terbaik. Harap sangat apa yang Lyana belajar selama ni berhasil. 

Sekarang ni perasan Lyana pun tak tentu arah. Duduk tak senang. Setiap masa asyik fikir pasal result je. Lyana harap sangat semua kawan Lyana dapat apa yang diaorang inginkan termasuk Lyana. Lyana sentiasa doakan diaorang semua berjaya dunia dan akhirat.

Doakan Lyana kuat dan tabah 19/12 nanti ya. Lyana dah berusaha. Sekarang ni Lyana cuma tawakkal je dekat Allah. InSyaaAllah segala berkat usaha Lyana dengan kawan-kawan selama tiga tahun ni berhasil dan kita orang dapat gembirakan hati mak ayah kita orang.

P/S untuk Nina, Ezra, Hanis, Ayien, Nifa, Auni, Farra, Yaya, Sheila, Abil, Biela, Sofea and semua kawan-kawan Lyana : Good luck untuk khamis ni. Lyana doakan yang terbaik untuk kita semua. Kuatkan semangat. Biar kita menangis gembira. Jangan kita menangis sebab kecewa. Korang, FIGHTING!!!!!

Nabilah Hafidzi
 17/12/2013
09:02 p.m

No comments:

Post a Comment